Jalan menuju Allah bukan bersifat maddi atau material, tetapi ia bersifat maknawi atau rohani. Mata lahir dan akal tidak nampak jalan maknawi ini, yang nampak adalah roh atau had yang bersih. Kalau untuk berjalan di jalan raya yang bersifat material, yang nampak oleh mata lahir serta dilengkapi dengan papan tanda panduan lalu lintas, itu pun setiap hari banyak terjadi kemalangan seperti masuk gaung, tergelincir, berlanggar dan sebagainya. Apalagilah perjalanan hati atau rohaniah yang mata lahir dan akal tidak dapat melihatnya. Seribu kali lebih susah.
Kita perlu pimpinan dari orang yang nampak dan faham jalan-, jalan rohaniah untuk menuju Allah. Orang ini disebut guru mursyid. Tanpa pimpinannya, kadang-kadang sehari 200 kali manusia mengalami kemalangan (accident) rohaniah, misalnya masuk gaung rohaniah, tergelincir dari jalan rohaniah dan lain-lain. Manusia tidak sedar dan tidak dapat merasakannya sebab kecelakaan (accident) itu bersifat maknawi yang tidak nampak oleh mata atau akal.
Di antara contoh-contoh kemalangan (accident) rohaniah adalah seperti berikut:-
- Suatu hari kita diaji oleh Allah, misalnya rumah kita terbakar, anak kita dilanggar kereta atau lain-lain. Kita tidak sabar, maka kita pun berkata, ‘Tidak patut berlaku semua itu’. Kita tidak puas hati dengan ketentuan Allah, seolah-olah kita komplen dengan Allah.
- Bila kita ada nikmat, kita sombong, berbangga-bangga, tidak bersyukur. Bila mendapat kemenangan atau kejayaan, kita rasa itu disebabkan oleh kepakaran dan kemampuan kita. Hal ini sudah termasuk syirik khafi (syirik yang tersembunyi) kerana kita sudah berkongsi sebab kejayaan dengan Tuhan.
- § Dalam pertemuan rasmi dengan Allah ketika solat kita tidak melahirkan rasa takut dan tidak terasa hebatnya Allah, tetapi ketika berhadapan dengan presiden atau raja atau orang besar, had kita rasa bergetar, itu juga sudah merupakan kemalangan (accident) rohaniah.
- § Ketika berdakwah kita dipuji orang, had kita pun berbungabunga. Ini juga termasuk kecelakaan (accident) rohaniah.
- Selepas solat, kita melepaskan marah dengan anak buah kita yang bekerja kurang baik dengan menggunakan bahasa yang kasar dan gaya yang sombong, itu juga termasuk accident rohaniah.
Dapatkah ulama biasa mengesan dan merasakan accident rohaniah yang sentiasa terjadi pada dirinya dan manusia setiap hari seperti di atas?
Guru mursyid sangat diperlukan oleh setiap manusia dalam perjalanan had atau rohani menuju taqwa. Dia dapat memimpin di bidang ilmu, akal atau hari, yang lahir mahupun yang batin dan dalam semua hal sehingga hidup manusia dapat tertuju kepada Allah. Guru mursyid dianugerahkan Allah ilmu-ilmu yang luar biasa, ada ilmu lahir, ada ilmu batin. Bukan saja dia dapat memimpin akal, tetapi yang lebih penting dia dapat memimpin had (roh) manusia sekalipun guru mursyid itu seorang yang tidak hafaz Al Quran dan Hadis. Sebab itu bagaimana hebat, alim seseorang itu, dia mesti ada seorang guru raursyid yang memimpin peijalanan hati dia menuju Allah. Setiap orang wajib ada mursyid yang memimpin dirinya, baik dia ulama atau tidak, hafiz atau tidak, pakar Islam atau tidak, mualim atau tidak, profesor Islam atau bukan. Jika tidak maka syaitanlah yang akan menjadi guru yang memimpin perjalanan hatinya.
Imam Malik pernah berkata: “Barangsiapa yang tidak mempunyai guru mursyid maka syaitanlah yang akan menjadi gurunya.”
Mursyid itu susah dicari. Apalagi di zaman sekarang yang sudah
jauh dari zaman Rasulullah. Di seluruh dunia, orang yang layak untuk menjadi mursyid hanya dalam bilangan jari saja. Sebab itu mursyid kurang popular dan jarang disebut dalam kehidupan seharihari. Akibatnya pimpinan sudah tidak wujud lagi di kalangan umat Islam hari ini. Maka mereka berjuang dengan main-main akal, beribadah sesuka hati, bertindak sesuka hati, tidak diukur secara ilmu dan hikmah lagi.
Guru mursyid tempat rujuk dalam semua hal hanya seorang saja, walaupun guru sumber ilmu boleh ramai. Dalam hal apapun mesti dirujuk kepadanya termasuk dalam hal yang harus (mubah). Walaupun harus (mubah), tetapi untuk dapat berkat mesti bertanya atau merujuk kepadanya. Lebih-lebih lagi kalau sudah menjadi arahan dan perintahnya, wajib ditaati. Setiap arahannya sudah menjadi wajib aradhi (wajib mendatang) sebab mentaati pemimpin adalah wajib.
Mengapa Perlunya Mursyid?
Setiap orang yang ingin membaiki dirinya mesti ada mursyid yang akan memimpinnya, sekalipun dia ulama, alim, hafaz Al Quran dan pakar Hadis. Mengapa?
Dalam ajaran Islam ini, ada ilmu yang datang dari akal dan ada yang dari hati, ada yang lahir dan ada yang batin, ada yang tersurat dan ada yang tersirat. Kalau seseorang itu diheri ilmu yang tersurat, belum tentu dia akan diberi ilmu yang tersirat. Bukan semua muhaddisin akan diberi ilmu-ilmu hati. Oleh itu, walau dia ulama pakar sekalipun, mesti ada guru yang memimpinnya. Di si nilah ramai orang salah faham, terutama para ulama. Had mereka berkata, “Saya sudah jadi ulama, alim, sudah menjadi profesor ilmu-ilmu Islam, sudah menjadi pensyarah, mengapa perlu pimpinan? Saya boleh pimpin diri saya sendiri. Buat apa bersandar pada orang lain?” Ini kerana mereka merasa mereka banyak ilmu dan dapat memimpin diri sendiri. Lebih-lebih lagi mereka tidak mahu dipimpin oleh guru yang mursyid.
Orang yang boleh memimpin ataupun mursyid, hanyalah orang yang pintu hatinya terbuka, iaitu yang mempunyai basyirah. Bukan sekadar akal saja terbuka. Banyak orang yang akalnya terbuka, hingga dapat menangkap ilmu, tetapi sangat sedikit orang yang hatinya terbuka. Mursyid itu ialah orang yang hatinya terbuka luas dan dapat memimpin orang lain. Dia tidak semestinya lebih alim daripada orang yang dipimpinnya. Tetapi dia dianugerahkan ilmu-ilmu hikmah dan ilmu yang seni-seni.
Jadi setiap orang mesti mencari seorang guru mursyid untuk memimpin dirinya walaupun dia alim. Setelah dia bertemu dengan guru mursyid yang layak, maka lahir dan batinnya perlu diserah kepada guru mursyid itu.
Siapakah Guru Mursyid?
Bagaimanakah ciri ulama atau guruyang dapat diambil sebagai guru mursyid? Dia adalah seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Dia adalah orang yang disediakan oleh Allah ke dunia ini berserta hujah yang cukup matang, bagi memberi petunjuk kepada orang-orang yang sesat dan orang-orang yang tercengangcengang kehairanan dalam rnencari kebenaran. Allah berfirman:
“Katakanlah sesungguhnya Allah nnemiliki hujah yang jelas lagi kuat. Maka jika Dia menghendaki, pasti Dia memberi petunjuk kepada kamu semuanya. ” (Surah Al An am: 149)
Dialah yang menjelaskan dan menerangkan kepada umat manusia tentang kehendak Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, sesuai mengikut tahap kemampuan akal mereka dan dengan penuh kasih sayang. Dia menyampaikannya dengan penuh hikmah dan melalui pandangan yang tembus. Firman Allah Taala lagi:
“Katakanlah, inilah jalan agamaku, aku dan orang-orang yang mengikuti aku, aku mengajak kepada Allah dengan hujah yang nyata. “
2. Dia mencapai satu peringkat dalam ikutannya kepada Baginda Rasulullah SAW yang mana tahap itu membuatkannya tidak dapat terlepas pandangannya kepada Rasulullah SAW, walau sekadar sekelip mata atau kurang dari itu, dia juga langsung tidak berbeza dengan Rasulullah SAW walau dalam sekecil-kecil perkara.
3. Dia mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi zat Tuhan dan yang terpilih di sisi-Nya. Allah menganugerahkan kepadanya rahmat dan kasih sayang yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan manusia di zamannya. Dia mengagihkan kepada setiap orang rahmat dan kasih sayang yang Allah telah anugerahkan kepadanya.
4. Dia diajarkan Allah akan ilmu laduni, iaitu ilmu yang datang terus dari-Nya, yang mana dengan ilmu itu Allah inemberi manfaatnya kepada seluruh manusia di zamannya. Ini kerana ia adalah ilmu yang datang dari sisi-Nya dan merupakan ilmu mutlak. Dia dimuliakan Allah dengan ilmu laduni yang disampaikan terus secara langsung tanpa ada perantaraan, yang datang dari kedudukan yang paling hampir dengan Allah SWT
Ilmu ini mengatasi kemampuan akal. Dengan ilmu ini ia mendidik dan memberi hujah ke atas orang-orang yang degil dan suka berbalah. Dengan ilmu ini juga terbuka jalan dan hujah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang inginkan petunjuk.
Kemuncak dari apa yang boleh dikenali dari lelaki ini ialah apa yang ditunjukkan oleh Allah di dalam Al Quran:
“Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba, di antara hamba-hamba Kami yang telah Kami berikan padanya rahmat dari sisi Kami dan telah Kami ajarkan padanya ilmu dari sisi Kami. ” (Surah Al Kahft: 65)
Maka Allah telah mendedahkan sebahagan sifat lelaki itu melalui ayat ayat itu tadi. Di mana ia menceritakan kepada kita kisah Nabi Musa a.s. dan temannya. Kedua-dua mereka mencari seorang yang dikehendaki oleh Nabi Musa untuk mempelajari darinya apa yang belum diketahuinya.
5. Dia telah mewarisi ilmu-ilmu syariat dari baginda Rasulullah SAW, ilmu-ilmu tareqat dan ilmu-ilmu hakikat.
6. Dia adalah orang yang Allah jadikannya sangat faham tentang ilmu-ilmu ketuhar an dan sangat mengetahui akan rahsia-i ahsiaNya dan keghaiban-Nya yang Maha Suci. Allah juga telah menjadikannya sebagai pemegang rahsia-rahsia-Nya dan keghaibanNya dan Dia langsung tidak menceritakannya kecuali kepada orang-orang yang layak sahaja mengikut kadar kemampuan mereka dan keperluan mereka.
Allah Taala telah berfirman:
“(Dialah yang) Maha Pemurah maka tanyakanlah tentang ini kepada yang Maha Mengetahui. ” (Surah Al Furgan: 59)
7. Dia adalah orang yang hatinya sentiasa dan selamanya bersama Allah dan Rasul-Nya. Walaupun jasad lahirnya sibuk dengan urusan lahir alau sibuk dengan membawa manusia kepada Tuhan tetapi dia tetap bersama Tuhannya secara rohnya, manakala jasadnya bersama makhluk.
8. Dia adalah seorang yang sentiasa menegakkan kebenaran bagi pihak Tuhannya, Allah dan tidak sedikit pun berganjak dari kebenaran itu walau sekadar seekor semut yang halus, walaupun seluruh manusia menentangnya dan jika mereka bersepakat untuk mengubah prinsipnya, nescaya mereka akan menemui jalan buntu.
9. Dia adalah seorang lelaki yang mengatasi segala kedudukan. Dia melangkah dan menjangkau ke seluruh peringkat kedudukan manusia seluruhnya pada zamannya dan sesiapa pun tidak dapat mengatasinya bahkan sesiapa yang cuba mengatasinya tidak akan berjaya. Sesungguhnya Allah yang akan mengangkat kedudukannya di atas sekalian mereka dan menyembunyikannya daripada mereka. laitu mereka menyangka dia adalah seperti mereka sedangkan dia amat mulia di sisi Tuhannya.
10. Dia adalah orang yang merendahkan dirinya bagi orang-orang mukmin dan meninggikan dirinya ke atas orang-orang kafir hingga mereka tidak mampu merendah-rerdahkan dan menghinanya.
11. Dia yang menjadi rujukan manusia seluruhnya bagi menyelesaikan perselisihan pendapat di kalangan mereka terhadap perkara-perkara baru yang tidak dinyatakan penyelesaiannya di dalam Al Quran dan Hadis serta pendapat ulama mujtahidin. Ini adalah kerana dia adalah orang yang paling tinggi ilmunya di zamannya. Firman Allah Taala:
“Dan kalau mereka ~mn’en~yerahkan kepada Rasul dan ulil amri di kalangan mereka, tentulah orang-orang yang mengetahui kebenaran akan dapat mengetahuinya dari mereka yakni rasul dan ulil z?rri. ” (Surah An Nisa’. 83)
Ini juga kerana Allah telah mengangkat kedudukan Rasulullah SAW dan mengilhamkan kepadanya ilmu hikmah dan kebenaran serta ketajaman kata-kata sebagai rahmat Tuhan terhadap hamba-hamba-Nya yang lain agar mereka tidak tersesat dan binasa.
12. Dia merupakan khalifah iaitu wakil Allah dan Rasul-Nya kepada hamba-hamba-Nya walaupun kekuatan lahiriah ketika itu di kalangan orang lain.
13. Dia merupakan seorang wali kutub yang menjadi tempat tumpuan seluruh urusan agama dan tempat bergantung seluruh urusan rohaniah umat Islam.
14. Dia merupakan seorang Ghaus yang dengannya Allah memberi pertolongan kepada manusia sezamannya dari segala bencana dan malapetaka.
15. Dia yang tunggal di kalangan umatnya dan baginya orangorangnya (pengikut-pengikutnya) yang ramai yang menyampaikan pula apa-apa ilmu yang diajarkan Allah kepadanya. Begitulah juga segala apa yang diilhamkan Allah kepadanya mengenai kefahaman terhadap Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai memenuhi tuntutan serta keperluan manusia di zamannya untuk mengungkai segala masalah dan mensucikan jiwa mereka. Savidina Ali k.w j. pernah berkata:
“Wahai Tuhan, janganlah Engkau sunyikan dunia ini dari seorang yang menegakkan hujah-Mu tidak kira sama ada zahir dan jelas mahupun secara batin dan tersembunyi agar dengan itu tidak terhapuslah hujah-hujah-Mu dan bukti-bukti kebenaran-Mu.”
16. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah membangkitkan di setiap awal kurun bagi umat ini seorang yang akan memperbaharui urusan agaynanya. ” (Riwayat Abu Daud)
17. Sesungguhnya barangsiapa mengenali lelaki ini dan mengikutinya serta menyerahkan jiwa raganya kepada lelaki tersebut maka sesungguhnya dia telah memperolehi kejayaan yang besar. Ini adalah kerana dia iaitu lelaki itu telah memperlihatkan salinan peribadi Rasulullah SAW dalam seluruh tindak-tanduknya.
18. Dia adalah sesempurna manusia dalam menyerupai Rasulullah SAW. Orang yang paling kuat tautan kasih sayang dengan baginda serta merupakan seagung-agung manusia di zamannya dalam mengikuti peribadi Rasulullah SAW. Dia sentiasa berhubung secara rohani dengan Rasulullah dalam ketika jaganya dan tidurnya.
19. Dia menjadi keinginan seluruh orang mukmin. Tumpuan orang-orang yang berbuat kebaikan dan harapan setiap orang yang suci dan murni hatinya. Setiap mereka mencari-carinya dan berusaha mendapatkannya. Ini mencontohi apa yang telah dilakukan oleh Nabi Allah Musa a.s. dan mengikut apa yang dipesan oleh Rasulullah melalui sabdanya yang bermaksud:
“Tuntutlah ilmu walau hingga ke negeri China. “
Ilmu yang dimaksudkan itu hanya boleh didapati pada orang Aim yang beramal dengan ilmunya dan sempurna keperibadiannya. laitu ilmu mengenai iman dan ilmu membersihkan jiwa serta ilmu yang membawa kita kepada Allah.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Mintalah petunjuk dari orang yang berakal, nescaya kamu akan mendapat petunjuk dan janganlah mengingkarinya nescaya kamu akan menyesal. “
Orang yang berakal di sini maksudnya ialah orang yang terpaut kepada Allah melalui tanda-tanda kebesaran-Nya. Dan orang yang terpaut kepada Rasulullah melalui wasiat wasiatnya dan tunjuk ajarnya. Keperluan mendampingi (secara lahir) lelaki ini bergantung kepada kadar yang diperlukan oleh seseorang itu. Dan tidak mesti mendampinginya sepanjang hayat.
Apabila ia kembali bertemu Allah, wajiblah ke atas urnat Islam mendampingi orang-orangnya yang mewarisi ilmu-ilmunya, sifat sifatnya dan amalan-amalannya. Dan hendaklah berlumbalumba dengan berpegang teguh dengan perkara-perkara tadi dan dalam mengajarkannya kepada orang lain, sehinggalah Allah mendatangkan seorang hamba-Nya yang lain yang dipilih bagi menggantikan tempatnya.